tutorial bunga telur anis : part 2


posted by Aimi Fadlini

6 comments

Assalamualaikum semua! bertemu lagi kita di Bunga House.. ^-^

Ok.. Tanpa membuang masa, Aimi terus je dengan tutorial part 2 ini.. Dah siap alat kelengkapan semua? OK! Let's start!

1)  Lilitkan dawai pada mold (untuk bunga telur anis nie : Aimi guna mold kedua paling kecil), lebihkan sedikit untuk memulas dawai pada penghujungnya. After that, potong dawai tersebut.



2) Untuk sesi tutorial ini, Aimi buat 1 bunga saje. Bunga telur Anis ada 4 bunga..So u guys need 16 kelopak! and try multiply it with 100.. sebab 100 bunga telur kan..YOSH! U CAN DO IT! ^-^ . OK, untuk mendapatkan kelopak untuk seperti di atas, anda perlu menarik bahagian yang Aimi tunjuk tu ke atas untuk muncungkan sikit lah..but if u want to have kelopak bunga yang bulat, also can.. ikut kemahuan masing-masing lah ye ;)


3) Ok, lepas tu, sarungkan stokin ke kelopak tadi dan ikat benang pada penghujung Aimi pegang tu dan ikat mati 3 kali camtu, to make sure that sarung stokin tu xterbukak nanti! ok? lepas semua kelopak siap kita boleh la buat bunga!


4) ok! ambil pearl / button / diamond or wutever you want it to be for the center of the flower..ikut kreativiti masing-masing! Masukkan dawai ke dalam lubang pearl tu, dalam 1 inch macam untuk dapatkan batang bunga tu.


5) Bengkokkan extra tail dekat kelopak tu dan dekatkan dengan bawah pearl, ikat dan kemaskan dengan benang pada batang pearl dan dawai kelopak itu.



6) Ini lah hasilnya selepas dikemaskan dengan benang. Sebaiknya, kemaskan sampai habis dawai kelopak untuk elakkan kurang kemas dan sebarang kecederaan sebab dawai kan tajam jugak..hehe



7) Dah siap kemaskan 1 kelopak, start dengan kelopak kedua hingga ke kelopak ke-4.


8) Ini hasil bunga kita! yeahhh.. ;)



9) Tutup bahagian ikatan benang tu dengan tape bunga sampai habis batang bunga.. ok?



10) Ok dah siap 1 bunga.. Sama x? Chaiyouk!



11) Ok! mari start dengan lidi pulaaaa... Adjust ketinggian batang bunga tu untuk kesukaan anda, dan bila dah pasti dengan keputusan anda ikatkan dengan benang smpi ketat dan ikat mati beberapa kali. Ulang step yang sama untuk 3 kuntum bunga lagi pada lidi ini.



12)  Bila dah siap ikat keempat bunga bunga, tutup pula dengan tape bunga pada lidi tu.



13) Ok, untuk riben pula, buat loop lebih kurang 1 inch dan sambung sampai 4 loops.




14) Ini Hasilnya 4 loops!



15) ikatkan dengan benang dan kemaskan dengan ikatkan semua bahagian riben yang diikatkan tu dengan benang. Lepas tu, buat 4 loops lagi dan ikat pada bahagian sebelah lagi dan ikatkan kemas2 ye ! dan tutup ikatan benang tu dengan tape bunga.




16) Potong kain net 16 cm x 15 cm kain net



17) Lipatkan kain net seperti di atas dan ikatkan pada lidi.



18) Ini hasil ikatan, ikat kuat2 ye sebab nak letak telur nanti.



19) Ok, last step ialah tutup bahagian benang tu dengan tape bunga. bila dah kemaskan semua apa yang patut.. OK! dah siap 1 bunga telur! GUDLUCK DIY B2B!! All the best ok?


If anything u guys wanna ask , don't hesitate ye! Aimi sekarang busy membuat bunga tangan pula..Ok lah Aimi akan update pada lain hari untuk post seterusnya! ok..Assalamualaikum dan selamat mencuba!


" I work ART - Aimi Fadlini "

6 comments

Leave a Reply

Aimi Fadlini @ Aidea Enterprise. Powered by Blogger.